Monday, December 28, 2009

semangat YANG HILANG

Fikiran aku malayang
Jiwa aku kosong
Hidup aku jd suram
Mood aku pon hilang
Entah la aku sedih campur bengang
Bila teringat aku jd xda semangat
>Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingi ku
Aku fahami aku bkn yang terbaik untuk dirimu<
Tp mana ada manusia yang sempura
Berat nya nak terima
Tp aku nak usaha jugak tuk tetap bersama
Biar aku bodoh kerna masih mahu kamu
Sebab dulu aku lg bodoh kerna mula cinta kamu

Monday, December 7, 2009

kiTA..

Kehidupan adalah apa yang kita ciptakan
Baik dan buruk adalah apa yang kita tentukan
Sedih dan suka adalah apa yang kita rasakan
Pertemuan adalah apa yang kita idamkan
Perpisahan adalah amat mengecewakan
Percintaan penuh dengan dugaan
Hanya bahagia dan sempurna sahaja kita impikan
Senyuman buat ramai yang tertawan
Kekayaan kadang kala boleh merosakan
Keinsafan yang seharusnya kita dahulukan
Keredhaan adalah apa yang kita harapkan

Monday, November 23, 2009

MAri kerJA

Kerja
Semua orang perlukan kerja
Bila zaman dah makin maju tanpa kerja susah nak hidup
Macam2 jenis kerja ada yang kerja sikit tp dapat duit banyak
Ada juga yang kerja penat lelah tapi apa daya pulangannya sikit saja
Sesetenggah tu kerja sampai tak ingat dunia apa yang jadi pon dia tak kisah
Apa yang penting hanya buat kerja semata2
Kenapa bila kita kerja ikhlas tp ada yg macam tak percaya
Ramai pulak yang cemburu bila bos dah sayang kita
Sudah lah mengata wahai anda2 semua
pergi la buat kerja masing2 byk lagi kerja yang tertangguh
Tak perlu rasanya nak menyibok hal orang
Kerja sebenarnya utk apa
Ramai kata untuk duit la
Memang benar duit amat perlu pada abad moden ini
Ada juga kata utk kepuasan mungkin ia datang dgn minat
Kekadang bila kita dah serasi dengan kerja majikan pulak buat hal
Ada majikan suka ambil kesempatan semua kerja dia kita kena buat
Mula la muka dia langsung tak nampak kat pejabat
Bila majikan baik sgt… pekerja pulak buat opis macam rumah sendiri
Pernah seorang kawan yg kerja dengan kerajaan bila
Keluar mkn kul 11 sampai pukul 4 baru nampak kat opis
bila tanya katanya balik rumah tidur
Itu sikap bila dah dapat pekerjaan tetap
Bila kerja lebih masa 2 jam tp kelim 3 jam
Mana boleh macam tu halal ke duit yang lebih tu
Duit nanti nak guna bagi anak bini makan
Macam mana tu walau pon sikit tp…
Pada yang baru nak cari kerja bila dah dapat kerja
Buat la kerja sebaik mungkin..
Yang elok datang dari Allah yang burok semua datang dari kita
Jadi perbaiki la..moga dirahmati hendaknya…

Sunday, November 22, 2009

bIarKANLah

Aku bosan seorangan saja
Aku mahu cinta
Cemburu lihat mereka semua
Berdua-duaan bergurau manja
Aku dah hilang semua yang ada
Dah lama aku x rasa layanan mesra
Sunyi aku tanpa teman bicara
Aduhhh biarkanlah xda cinta
Bikin merana jiwa nak buat apa
Lelaki semua nya sama
Sangat pandai berpentas drama
Berlakon mengada-ngada buat kita rasa bahagia
Tp semuanya dusta hanya sekejap saja
Tahu kamu aku benar2 kecewa
Sudah usah buat aku gila
Biar la aku pujuk sendiri hati yang duka
Mak… nanti tolong carikan jodoh utk ana ya…
Kerna ana dah xkuasa nak cari ganti sapa-sapa…

Wednesday, November 18, 2009

LANgkawI




hotel yg cantik...






naik feri first time g langkawi...12-13/nov

walau pon pegi atas urusan kerja tp tetap rasa best gak..nak g lg la..

Tuesday, November 17, 2009

PAdan MUKA aku

kenapa masa suka semua xpa
masa tu aku dah mula lupakan dia
setelah merana kesorangan sahaja
tp dia datang cari aku
dia mula memujuk merayu hingga mengalir air mata jantannya
dan aku sedaya upaya menepisnya
namun siapa la aku bersama cinta yg masih kukuh
aku terima nya kembali..
dan hari berganti hari aku terus disayang dimanja dengan segalanya
hidup aku mula bersinar kembali dengan penuh kisah suka
tersenyum aku sentiasa berseri muka
dia hanya perlukan aku kini, sentiasa dan mungkin selamanya
tp biasa la hidup tak selalu indah belaka
dia buat aku bagai tiada makna..


><>dah la xdpt teruskan lagi sbb air mata xsabar nak jatuh menjurai
wat malu ja…aku geram nak ja lupa tp masih cinta
biarlah masa menentu segala ada jodoh ada lah………….<>

Monday, November 9, 2009

TAkDir Dia BEGIni..

Indah tubuh ku xterperi..
Ditambah liuk badan yang seksi..
Aku diusung kesana kemari..
Bersama mereka si laki-laki..
Hidup aku tak pernah sepi..
Wang ringgit tak perlu ku cari..
Kerna ia kan datang sendiri..
Hanya perlu berhias diri untuk mereka Si kaki joli..
Seluruh tubuh ku di gali-gali sampai mereka berpuas hati..
Sampai bila ku harus begini menggadai diri mencari rezeki..
Adakah aku akan diberkati. Halalkah duit ringgit ku ini..
Entahlah aku sendiri pon tak pasti..
Sesekali ingin rasanya disayangi..
Dengan cinta seikhlas hati..
Tapi adakah yang masih sudi menerima diri ku ini..
Dan aku terus pasrah menanti . lalu aku duduk sujud sendiri..
Mengenang takdir aku yang sebegi….